Kawan-kawan

Carian

Isnin, 26 Julai 2010

Cuti di rumah rakit Teluk Bayu, Kedah.

Atas bot beramai-ramai


Peace...Alahai...
31/08/2009

Ni percutian aku bersama keluarga di Kedah di rumah rakit, Teluk Bayu. Sg Petani. Nama rumah rakit tu lupe lah, Tapi bayaran cuma RM 80 semalam. Kami pergi 2 keluarga bersama keluarga Pak Lang. Perjalanan dari rumah Alor Setar lebih kurang sejam setengah. 3 biji kereta konvoi ke sana. Abah dan Paklang membawa Proton Saga masing-masing dan aku membawa Kenari.


....Wajah-wajah kepenatan
 2 bilik, 1 bilik entertainment
Setibanya kami sampai di kawasan rumah rakit tu, kami mencari tempat untuk parking kereta. Sebenarnya kami da lewat petang baru sampai. kami akan ke rumah rakit dengan menaiki bot. tak jauh pun dari jeti tu dalam 1/2 km je jauhnya. Masa nak naik bot tu macam2 bunyi le kedengaran suara2 melatah ibu mertua ku dan mak lang sambil2 belawan2 gayatnye.. haa... tengok kami berhimpit2 naik bot tu. kalau jauh x tau le. Sampai je rumah rakit tu masing2 explore bilik dan peralatan di situ. Ok lah, dapur, tempat bbq, tv semua ade. cuma kami tak bawa arang sahaja.


Gg &Kekeknya
Abah & Gerut2nya
Aku & Durinya
Aktiviti aku, abah, Gg, paklang & abg Zaidi ape lagi, memancing lah. Aku bawa 2 batang joran dari Johor, abah pun bawa 1 batang joran x silap. Pak lang pun bawa sendiri. Ha ape lagi, Sampai je rehat jap, suasana dah merah ke senja. lepas magrib, kami pun melabuhkan umpan. Gg adalah peserta pertama yang berjaya menaikan ikan Kekek. Tengok tu... Bangga!! lepas tu aku dapat menaikan ikan Duri. dan seterusnya. Tapi Gg memang ade "ong" le malam tu. rasanya dekat 2 kilo ikan kecil2 campuran Duri & Gelama malam tu. Umpan guna isi udang je. Orang yang duduk sebelah pun pelik. dia orang lagilah, pakai umpun2. Tapi takde rezeki.Malam tu rasanya aku tertido dalam jam 02.00pg, tapi Gg masih sambung memancing.

Tunggu bot nak balik
Ni dia tempat BBQ
Keesokannya kami bersedia untuk pulang ke rumah, pagi tu kami sarapan yang dimasak oleh mak dan mak lang. checkout jam 12.00tgh hari. Kami dijemput oleh bot untuk ke darat. Huh... Letih tapi berbaloi. Kemudian kami balik, Singgah ke rumah pak lang di singkir dan singgah ke Tanjung Dawai untuk membeli barangan kiriman dari Johor, selesai..... kami pulang ke rumah di Alor Setar.

1 ulasan:

  1. Macam mana nak contacr dgn owner nak buat tempahan yer.. salam singgah dri blog saya?

    BalasPadam

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget