Kawan-kawan

Carian

Isnin, 6 Julai 2009

Sembilang Gelang Patah

Selamat datang ke terajubintang7.

Aku & ikan duri.
Ini adalah post saya pertama. ini adalah gambar aktiviti saya memancing "Ikan Sembilang" di Gelang Patah, Johor. Di post ini, aku akan memaparkan beberapa sesi memancing aku.


En Kamal sedang memacu botnya
Kebiasaannya bila memancing di Gelang Patah ni, kami pergi bertiga. Aku, En Kamal dan Faizol. Bot kepunyaan En Kamal. Bila En Kamal mengajak kami memancing, macam biasa lah, semua kena kongsi kos bersama. Petrol dan Umpan kami kongsi bertiga. En kamal akan order umpan (Umpun-umpun) dari kawan/penduduk tempatan di sini 2hari sebelum kami pergi memancing. Cuma makanan sendirian berhad. Tapi kami kongsi makanan kat atas bot tu.Tempat kami berkumpul untuk pergi memancing mestilah di rumah En Kamal. Selalunya aku& Faizol akan gerak dari rumah awal pagi biasanya jam 6:45pagi. Bila kami akan menunggu air pasang untuk menaiki bot En Kamal. Bot parking di Kampung Melayu, Gelang Patah.
Besar tak sembilang? ...sekilo ni..
Faizol dapat ketam bakau
Faizol & Sembilangnya
Aku dapat belangkas ni..
Sejurus kami merentasi kawasan cetek di kawasan Kg Melayu, En Kamal pun memerah trotle enjin bot tu ke destinasi lubuk pertama. Yang aku tau, lubuk yang kebiasaannya En Kamal berlabuh ade 4 – 5 lubuk lah. Macam2 permandangan yang kami lihat di sepanjang sungai (air payau) ni. Hutan bakau, Jaring, bot mengangkat kayu bakau, bunyi mesen chainsaw, kicauan burung dan PTP. Yang paling tak tahan bila matahari di tengahhari & alunan ombak. boleh jadi pening kita.
.........Sembilang lagi dan lagi dan lagi

Gelama agak besar lah..
Bila kami pulang, Hasil tangkapan kami akan bahagikan kepada 3 orang. Setakat ni, En Kamal jadi juara lah dengan tangkapan terbanyak diantara kami. Maklumlah memang dia berdarah anak laut dan orang jati di sini.. Setelah kami bahagikan hasil tangkapan, kami akan kemas joran & kelengkapan kami sebelum pulang. Maklum lah, kalau naik kereta boleh lah campak je dalam kereta. kalau anik motor Faizol, kenalah kemaskan joran masing2 supaya mudah nak bawa balik.



Sampai je rumah, memang tak larat. Huhhhh.. memang penat. Apa yang aku buat, aku akan cuci hasil tangkapan dalam singki dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak masak, barulah disiang ikan tu.Tapi tak boleh simpan lama2 dalam peti sejuk tu. Maklum lah ikan fresh lagi baru tangkap sendiri pulak tu. kena masak secepat mungkin. Barulah ade terasa manis ikan baru ;? )

Hasil tangkapan dibawa balik. Sembilang, Gelama dan Duri.

Bab menu masakan pula, ikan sembilang kebiasaan aku akan masak 2 menu utama sahaja sama ada sembilang lemak cili padi atau sembilang asam pedas (Johor). Sedap atau tidak, kena tanya orang yang dah merasainya....ceh!! macam gambar di segelah kiri ni, aku dah bedal dulu baru ambil gambar. Yang ni aku masak 3 ekor sembilang. Yang lain, menu lain pulak. 


Sembilang lemak cili padi .... Nyum 3x
Bagi sesiapa yang nak menyewa bot di Gelang Patah, untuk memancing atau lain2 hal, boleh lah contact En kamal sebab dia ade 2 buah bot. 1 bot sesuai pergi maksimum bertiga, 1 bot lagi sesuai maksimum pergi berempat. Sila beri komen di post ni untuk urusan lanjut. ( Kira macam promosi lah ni....)

14 ulasan:

  1. Pergh beshnya memancing ... Hehehe

    BalasPadam
  2. kena tahan panas je fullhouse3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum Esa saye nak mintak tolong saye nak nombor telefon di mana saye boleh sewa boat saya teringin sangat nak pergi

      Padam
  3. Boleh bg no hp?sy bru bekerja di johor..anak selangor..slalu memancing di kelong sg pelek.byk semilang n kerapa hitam.

    BalasPadam
  4. Bro, bot sewa masib beroperasi lagi?boleh pas dkt kawan no contact tuan punya bot? Terima kasih farid.taib@gmail.com

    BalasPadam
  5. Nak nombor fon esa coll nombor ni 0107282853

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum esa mintak tolong sangat sangat saye nak mintak tolong esa bagi saye nombor di mana saye boleh sewa boat saye teringin sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boat tu parking dekat kampung melayu

      Padam
    2. Boat tu parking dekat kampung melayu

      Padam
  7. Assalamualaikum esa please esa saya ni dari kuala lumpur saye nak sangat pergi sekarang saye nak nombor telefon En kamal

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum esa please esa saya ni dari kuala lumpur saye nak sangat pergi sekarang saye nak nombor telefon En kamal

    BalasPadam

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget