Kawan-kawan

Carian

Khamis, 1 Disember 2011

Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sg Petani, Kedah.

Hi kawan-kawan. pada 26 - 27 November 2011, kami sekeluarga telah bercuti di rumah rakit atau lebih tepat lagi, Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sg, Petani Kedah. Tujuannya adalah untuk beristirehat sambil memancing.  Sebenarnya chalet terapung PPK Sg Petani, Kedah ini berhampiran dengan rumah rakit teluk bayu pada post kami yang lepas.



Kami bertolak dari Alor Setar lebih kurang jam 02.00petang dan tiba dilokasi lebih kurang jam 3.30petang. bukannya apa, kami pergi mencari barang kelengkapan dan umpan (umpun-umpun) di pekan Sg Petani. Alhamdulillah, ade umpun-umpunnya. Cik beli 2 bekas, satu bekas RM6.


Lihat lebih gambar perjalanan kami ke Chalet terapung PPK Sg Petani Youtube di atas.

Ini dia, jalan masuk ke destinasi, masuk simpang Batu Lintang, jalan terus dalam 4-5 km sampai jumpa papan tanda macam di bawah ini, belok ke kanan. kemudian masuk ke dalam lebih kurang 2 km. kena masuk hutan bakau sikit, jumpalah jeti untuk menaiki bot ke chalet terapung tersebut. 




Tu dia jeti untuk manaiki bot pergi ke chalet terapung. jaraknya tidak lah jauh sangat, nampak chalet tu dari jeti. bebih kurang 200 meter je. Ha... jom kita naik bot.






Dah sampai pun. Kami duduk di Chalet yang diberi nama "Kerapu" kesemua chalet ini diberi nama ikan. sampai je di chalet terapung ni, kami pun mengemas barang dan memperkemaskan senjata joran kami untuk memancing, sebanyak 6 set joran dibawa untuk bertarung. Kita tengok ape yang kami dapat nanti. Sambil-sambil kami menyediakan makanan untuk makan malam. Masak nasi & lauk ikan bakar sambal, ikan pancing bakar dan lain-lain.





Ini dia beberapa gambar keadaan chalet terapung ni. 




Ini dia antara gambar ikan yang dipancing, dari malam hingga ke siang sebelum balik, hasil yang kami dapat antaranya anak ikan duri 3kg, ikan gelama 1/2 kg, anak ikan tanda 3 ekor, anak ikan gerut-gerut seekor, ikan sembilang seekor dan ikan kerapu seekor.




Waktu dah masuk jam 12.00 tengah hari. Kami pun sedia untuk pulang. Abah dah call Pak Ya (pengurus chalet terapung) untuk mengambil kami. 






Kami sedia untuk pulang ke Alor Setar, Diharap kawan-kawan dapat serba sedikit maklumat/info tentang chalet terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sg Petani Kedah. 
"Wish you were here"


Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

2 ulasan:

  1. Assalam bang... boleh bg sy nombor telefon pengusaha chalet... mohon msg sy bang.. 0135860377.. terima kasih

    BalasPadam

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget