Kawan-kawan

Carian

Isnin, 26 Disember 2011

Asam Pedas Parit Jawa, Muar. Johor. Terbaik...

Parit Jawa, Muar. Johor. Apa yang ada di Parit Jawa? haa... sebenarnaya banyak.sampai ada yang membuat telemovie berjudul Parit Jawa yang akan ditayangkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat saluran 952 pada bulan Disember ini.



Antara perkara yang terkenal dan sinonim dengan nama Parit Jawa adalah Asam Pedas Parit Jawa. Memang banyak kedai-kedai, warung-warung yang menjual Asam Pedas ini sama ada pagi, tengahari mahupun malam. kalau tak percaya. kawan-kawan pergilah sendiri. Ada Medan Asam Pedas Parit Jawa, Asam Pedas Mak Ngah, Asam Pedas Ani, dan macam-macam lagi. kebiasaannya kami makan di Asam Pedas Ani, bersebelahan Jeti Parit Jawa.

Dalam banyak-banyak kedai yang menjual Asam Pedas, kali ini kami nak berkongsi pengalaman makan di kedai seperti gambar di bawah (Maaf, kami tak tau nama kedai ni.) tapi ianya terletak di Parit Jawa/Parit Lapis. Kami makan di sini pada Sabtu, 17 Disember 2011 jam 8.00malam. nanti kalau kami makan di kedai lain, kami buat entry berkenaan kedai tu pula ye...

 Kebiasaannya, di kedai ini ada ikan Cencaru,Pari,Sembilang dan Merah. Yang kami order ialah 2 ekor Cencaru, 2 potong Pari dan sepotong Sembilang bahagian ekor.Nasi 5 pinggan dan air pelbagai 5 glass. Harga keseluruhan RM.39.00. Amacam? berbaloi tak?

Jadi, kami ada ambil beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama. Jom kira tengok gambar dibawah.


Hidangan yang kami order. Asam Pedas.

Asam Pedas Ikan Sembilang

Asam Pedas Ikan Cencaru

Asam Pedas IkanPari

Macam Mana nak ke kedai Asam Pedas Ini?
Ni kami dah lukis peta simple Parit Jawa & kedai Asam Pedas yang terdapat di sekitar Parit Jawa untuk rujukan kawan-kawan.

Peta Ke Kedai Asam Pedas yang dimaksudkan

Kedai Asam Pedas yang dimaksudkan( Maaf gambar tak jelas)
Sekian sahaja entry kami kali ini, kalau kawan-kawan outstation atau jalan-jalan di sekitar Muar atau Batu Pahat, Singgah lah di Parit Jawa untuk menikmati Asam Pedasnya. tak kira pagi, tengah hagi mahupun malam, ada sahaja kedai yang menjualnya, kenar rajin tanya orang di situ. Sekian, Terima Kasih.

Kawan-kawan mungkin meminati entry terdahulu berkenaan asam pedas. Klik dibawah.  

Asam Pedas Ikan Parang, Melaka

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget