Hi kawan-kawan, masa cuti Deepavali kemarin (26/11/2011), kami meluangkan masa untuk pergi memancing, tempat yang sama di Gelang Patah, Johor. kali ini kami pergi bersama En. Fauzi dah Hj Kamal.
Kami mula bertolak dari jeti Kg Melayu, Gelang Patah pada jam 7.15pg masa air mula pasang. Tujuan utama kali ini adalah untuk pancing ikan Sembilang. Ini dia beberapa gambar semasa kami memancing.
|
Penantian ikan makan |
|
Tangkapan Sembilang pertama |
|
Tak sempat buang sengat sembilang pertama, joran lagi satu disentap lagi. |
|
En Fauzi pun akhirnya berjaya mendapat Sembilang |
Lebih kurang jam 2 petang, Hujan turun dengan lebatnya, Selamat kami membawa payung untuk berteduh. Perghhh...sejuk dan kuyup masa ni. Walaupun hujan begini, kami masih menaikan beberapa ikan.
|
Hujan lebat |
|
Ikan Tanda |
|
Hasil Tangkapan 26/11/2011 |
Ini dia hasil kami pancing bertiga.Kami pulang lebih kurang jam
4.00 petang. Alhamdulillah, hasil memuaskan. Tangkapan kami lebih kurang, ikan Sembilang 18 ekor, anak ikan Usat 3 ekor, ikan Tanda 2 ekor, ikan Gerut-gerut 4 ekor, anak ikan duri 5 ekor, ikan Gelama 8 ekor, Ikan Belukang 4 ekor dan ikan Tekek seekor.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan