Kawan-kawan

Carian

Isnin, 18 Julai 2011

Mempelam Harumanis, Malaysia.

Hi kawan-kawan. Post kali ini nak cita sikit tentang satu lagi produk yang hanya terdapat di wilayah utara Malaysia terutamanya di negeri Perlis Indera kayangan iaitu mempelam Harumanis.





 "Seharum bau, semanis rasa" itu adalah kata-kata yang mengambarkan apa itu Harumanis. Kebiasaannya musim Harumanis jatuh pada bulan April-Jun setiap tahun. Alhamdulillah, masa kami pulang ke Kedah yang lepas, dapatlah kami merasai Harumanis ini.

Harumanis mendapat sambutan yang tinggi bagi warga tempatan. Bagi tujuan eksport pula, Jepun merupakan negera pengimport Harumanis ini. 

Harumanis boleh dibeli terus di ladang penanaman Harumanis di Bukit Bintang, Perlis atau gerai jualan buahan kawasan sekelilingnya. Harga Harumanis lebih kurang dalam lingkungan RM4 hingga RM 12 sekilogram. Berikut ada beberapa gambar Harumanis

Harumanis

Hidangan sebiji Harumanis
Sekian sahaja post kami berkenaan Harumanis. 
Sekian, Terima kasih.

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget