Kawan-kawan

Carian

Sabtu, 11 Jun 2011

Kompleks Jeti Kuah, Langkawi. Malaysia.

Episode 12: Percutian di Pualu Langkawi.
 (Tuesday, 17 Mei 2011)
 Hi kawan-kawan. Ni adalah post atau episod akhir percutian kami di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.Setelah kami selesai membeli belah di tiga buah kompleks membeli belah bebas ckai iaitu TSH ( Teow Soon Huat) , HIG (Haji Ismail Group) dan Idaman Suri. Kami terus ke Jeti Kuah untuk menaiki feri pulang ke Alor Setar. Di bawah ini ada beberapa gambar dan suasana di Jeti Kuah, langkawi.



Kami sedang berkumpul
Permandangan Kompleks Jeti Kuah
Permandangan Kompleks Jeti Kuah
Permandangan Kompleks Jeti Kuah
Nak ke Feri
Nak ke Balai Berlepas
Pintu Berlepas

Tiket feri kami jam 6.30petang. Ini adalah merupakan Feri terakhir pada hari ini. Jadi, harga tiket sama seperti perjalanan datang iaitu RM 17.00 untuk kanak-kanak dan RM 23.00 untuk dewasa.

Tiket dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Kedah
Ha... Kawan-kawan. Di atas trolli itu ialah barangan yang kami beli dari Langkawi. Yang plastik Biru itu dari Idaman Suri dan yang Hijau pula dari HIG. barangah dari TSH pula kami masukan dalam beg beroda. Alahmdulillah, Semua ini tidak dikena cukai oleh pihak Kastam kerana kami bermalam di Langkawi 3H2M. tapi kena ada bukti lah yang anda kena tunjuk yang anda bermalam di Langkawi. Jadi, kami layak tidak membayar cukai dengan pembelian RM 500.00 harga barangan.

Abah, Mak & Barangan
Hasil Pembelian di Langkawi
Sampai di sini sahajalah post percutian di Langkawi kami. Kami pun selamat sampai ke Jeti Kuala Kedah lebih kurang jam 8.15 malam. Sekian.

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

1 ulasan:

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget