Kawan-kawan

Carian

Selasa, 28 Jun 2011

BOH Tea Centre, Sungei Palas. Cameron Highland.

Percutian di Cameron Highland:  
BOH Tea Center, Sungei Palas, Cameron Highland.
Kawan-kawan. Kesempatan berada di Cameron Highland, Sempat kami ke Ladang Teh BOH Sungei Palas. Teh adalah merupakan salah satu produk / komoditi yang popular di sini selain dari Strawberry, bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang segar. Satu kenikmatan mata memandang apabila melihat saujana kehijauan pokok teh yang ditanam mengikut bentuk muka bumi yang berbukit-bukit di kawasan tanah tinggi ini.



Lihat sahaja dari gambar di bawah ini, dapat dilihat kehijauan dataran pokok teh, sambil menikmati suasana suhu sejuk, memang dapat menenangkan fikiran yang berkecamuk atau lebih tepat dapat lari dari kesibukan kotaraya.  Dapat dilihat juga, pekerja ladang sedang menuai pucuk daun teh untuk dijadikan produk siap teh yang kebiasaannya kita dapat lihat dalam bentuk teh serbuk.
Pekerja sedang tuai daun teh
Daun/Pucuk daun teh yang dikumpulkan
Setelah kami menikmati permandangan ladang teh sepanjang jalan, kami terus ke BOH Tea Centre untuk melihat apa yang ada di situ. Di sini terdapat gerai jualan produk BOH, Caffe dan Galeri serta kilang memproses daun teh sehingga menjadi produk untuk pengguna. D bawah ada beberapa gambar yang dapat menceritakan pemprosesan Teh di kilang pemprosesan.

Ambil gambar dulu
Rasanya macam sampel daun teh
Proses membuat teh serbuk
Proses membuat teh serbuk
Proses membuat teh serbuk
serbuk teh yang hampir siap diproses
Satu pengalaman yang berguna apabila dapat melihat sendiri teh yang diproses 
dari daun ke produk boleh guna.



Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget