Episod 9: Percutian di Pulau langkawi
(Isnin, 16 Mei 2011)
Setelah kami berjalan di Oriental Village, Langkawi Geopark, Menaiki Cable Car, Melawat Buffalo Park dan Melawat Beras terbakar, Kami pun pulang ke penginapan di Langkapuri Inn lebih kurang jam 4 Petang. Jadi aktiviti petang seperti biasa iaitu mandi manda di Pantai Cenang. Sebelum kami mandi manda, kami mengambil peluang mencuba satu aktiviti riadah pantai yang kami memang ingin mencubanya iaitu Parasailing.
Apa itu Parasailing?
Parasailing ialah satu aktiviti riadah yang dimana seseorang itu ditarik oleh sesuatu kenderaan
(kebiasaannya bot) di mana bersertakan dengan payung terjun yang direka khas. Bot itu akan menarik orang yang berkelengkapan payung terjun naik ke udara.
Mula-mula krew Parasailing akan mengenakan kita dengan kelengkapan iaitu jaket keselamatan dan kelengkapan untuk dipakai bersama payung terjun. ianya perlu dipakai dengan kemas dan sempurna untuk menjamin keselamatan.
Pakai Jaket Keselamatan |
Memakai kelengkapan |
Sambil mengemaskan kelengkapan untuk Parasailing, krew akan memberi taklimat bagaimana dan cara-cara dari mula hendak terbang hinggalah nak mendarat.
Taklimat hendaklah difahami dengan betul untuk melancarkan sesi terbang nanti. Kalau tak faham atau teragak-agak, tanya semula krew Parasailing sehingga faham.
Mengemaskan kelengkapan |
Pemeriksaan terakhir oleh krew Parasailing |
Setelah kelengkapan sudah lengkap, Bot akan bergerak, apa yang kita perlu buat ialah perhatikan tali yang menarik kita dari bot tegang dan lari, jangan berhenti sehingga kita terbang.
Fly fly away... Weiii....Yuuu.... Memang teruja, rasanya pengalaman yang paling menarik berasa di Langkawi.
Perghhhh.... pemandangan dari atas udara ni memang saujana mata memandang. nampak pulau-pulau kecil yang berdekatan dengan Pantai Cenang. Sayangnya tidak digalakan bawa kamera.
Bot tarik & kita terbang |
Weiii..... Best |
Permandangan memukau dari pandangan atas |
Setelah bot membuat pusingan laluannya lebih kurang 4 - 5 minit, bersedialah kita untuk mendarat.
Langkan seterusnya ialah memastikan kita berada di bahagian belah tepi pantai untuk mendarat.
kita perlu mendengar tiupan wisel dan jeritan "...tarik....tarik..." dari krew Parasailing di daratan sebagai tanda kita perlu menarik tali sebelah kanan kita untuk melencong ke tepian pantai (macam handle lah).
" .ke tepi... ke tepi..." macam dialog Usop Wilca dalam Hantu Kak Limah balik Rumah. kalau tak, ke lautan lah kita mendarat. Tengok gambar di bawah ni, payung tu melencong ke tepi.
" .ke tepi... ke tepi..." macam dialog Usop Wilca dalam Hantu Kak Limah balik Rumah. kalau tak, ke lautan lah kita mendarat. Tengok gambar di bawah ni, payung tu melencong ke tepi.
Tarik tali untuk ke arah tepian pantai. |
Landing time |
Arghhh.... selamat mendarat akhirnya, krew Parasailing bersedia di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kecemasan. Setelah selamat mendarat, krew Parasailing membuka kelengkapan dan mengemas semula payungnya.
Selamat landing |
Menanggalkan kelengkapan |
Pengalaman yang merujakan, rasa nak naik lagi. Parasailing memang perlu dicuba. Terima kasih kepada brader-brader krew Parasailing di Pantai Cenang ini. Depa memang berkaliber.
Berapa bayaran yang dikenakan untuk Parasailing ini?
Haa... harga dalam buku RM 120 untuk seorang, tapi untuk kita orang Malaysia, ada harga diskaun. Kena tanya dan deal dengan krew Parasailing itu sendiri.
Tak perlulah dinyatakan disini. Jadi, Nantikan post yang berikutnya tentang percutian kami.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.