( Isnin, 16 Mei 2011 )
Hi kawan-kawan. Bersambung lagi kita di sini, setelah menceritakan apa yang ada di Orieantal
Village, Langkawi Geopark, ni nak cerita pulak salah satu produk
perlancongan yang juga terdapat di Orieantal Village, Langkawi Geopark
iaitu Langkawi Cable Car ( Kereta kabel).
-->
Serba sedikit fakta tentang Kareta Kabel langkawi ini. Kereta kabel Langkawi
terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut Pulau Langkawi, Kereta
kabel ini mula dibuka pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong
tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu
kapur zaman geologi Cambrian 500 tahun ini memang menarik. Panjangnya
2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di
Switzerland. Dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang
keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian
Book of Records. ( Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kereta_kabel_Langkawi )
-->
Baiklah,
Mula-mula kami beli tiket untuk 3 orang. Untuk pengetahuan kawan-kawan.
Pada ketika ini kami beli tiket harga penuh iaitu RM 30.00 untuk dewasa
dan RM 20 untuk kanak-kanak. Menurut kata staff penjual tiket itu, dah
tiada diskaun ½ harga untuk warga negara Malaysia lagi. Setelah itu,
kami terus beratur untuk menaiki gondola untuk menaiki level /
perhentian pertama. Memang tinggi. Akhirnya merasa juga kami menaiki
Kereta Kabel Langkawi ini.
Masa
yang di ambil dari stesen bawah ke perhentian pertama mengambil masa
lebih kurang 3 -4 minit rasanya. Permandangan yang dapat dilihat dari
atas gondola ialah kawasan Oriental Village, air terjun Telaga Tujuh dan
panorama alam iaitu hutan dan lautan.
Tengok
ni permandangan baru sahaja kami berlepas dari stesen bawah nak ke
perhentian pertama. Di dalam gondola haruslah mematuhi amaran-amaran
yang diberikan oleh pihak pengurusan bagi menjauhi risiko berbahaya dan
tidak diingini. Maklumlah, tempat tinggi.
Tu
dia Perhentian pertama. Apa yang ada di sini? Kawan-kawan bolehlah
menikmati permandangan yang memukaukan. Di sini juga tersedianya
kemudahan awam seperti tandas dan surau. Kawan-kawan bolehlah menikmati
pengalaman di perhentian pertama ini.
Setelah
itu, kami teruskan pengembaraan ke perhentian terakhir iaitu perhentian
di puncak Gunung Mat Chinchang. Masa yang di ambil dari perhentian
pertama ke perhentian terakhir ini lebih kurang 2 minit. Apa yang ada di
puncak ini?. Haa... di puncak ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
Viewing deck yang berada di atas dan Hanging Bridge (Jambatan
tergantung) yang terletak di bahagian bawah. Kami mengambil keputusan
untuk ke Viewing deck dahulu.
Di
Viewing deck anda boleh melihat permandangan dari ketinggian 705 meter.
Haa... tinggii!!! Di sini terdapat gerai kecil menjual makanan ringan.
Bolehkah kami merasai memakan aiskrim dan minuman di tempat tinggi ini.
Setelah menikmati permandangan dari ketinggian 705 meter ini, kami
meneruskan perjalanan ke Hanging bridge pula di bahagian bawah.
Untuk ke Hanging bridge
( Jambatan gantung), kami perlu menyusuri denai menuruni gunung yang
tersedia anak tangga. Perghh... kalau kurang stamina, memang pancit.
Sebelum turun ke Jambatan gantung, pastikan cuaca elok. Tengok amaran di
papan tanda ini. Perjalanan lebih kurang 300 meter rasanya untuk ke
Jambatan gantung ini.
Setelah
puas berada di jambatan gantung ini dan ambil beberapa gambar kenangan,
kami pun mulakan perjalanan pulang ke perhentian di puncak tadi untuk
menaiki gondola turun ke stesen daratan. Untuk ke stesen di puncak, kami
mendaki menyusuri anak tangga tadi.
Setelah
sampai di perhentian di puncak, kami pun terus menaiki gondola turun ke
bawah. Pengalaman yang memuaskan, apabila menaiki Kereta kabel Langkawi
dan menakluki Gunung Mat Chinchang. Jadi, kami syorkan sesiapa yang
belum mencubaya, cubalah.
Bila
sampai di bawah, kita kena pulangkan kad tiket kepada pihak pengurusan.
Bagi sesiapa hendak membeli cenderahati, di stesen bawah ada menjual
pelbagai cenderahati sebelum anda melangkah keluar dari stesen bawah
Kereta Kabel Langkawi ini.
Bersambung di post berikutnya...