Kawan-kawan

Carian

Isnin, 21 Mac 2011

ABC Special Larkin Bomba, JB


ABC Special
Hi Kawan-kawan. Kali ini kami nak berkongsi menu iaitu Air Batu Campur (ABC). Pelbagai modifikasi atau cara yang diperagakan oleh kedai-kedai yang menjual ABC ni. Semuanya ade rasa tersendiri. Di sini kami nak mencadangkan ABC special Awiet Corner yang terletak di Larkin (Bersebelahan dengan Balai Bomba) kalau orang JB ni panggil 
“Larkin Bomba” lah.


Mengiurkan...
ABC di sini boleh dikatakan “Best in town” lah. Memang rasa sedap, lemak berkerim & disukai ramai. Tengok seperti gambar ini, Sedap tak …. Harga pun baru RM4.00 sahaja.

Testimoninya
Kedainya



Ok, Sambil-sambil makan ABC special, kami order Chicken Chop kedai Norfifin. Memang sedap. Persembahannya…. Berasap. Lihat gambar ni.


Ada apa disebalik asap?
Taaraaa!!!  Chicken Chop Gerai Norfifin  

Oklah, Selamat menjamu selera. Kalau sesiapa belum mencubanya, silakanlah ke sini. Bagaimana nak ke sini? Carilah Balai Bomba Larkin kerana bangunan ini bersebelahan dengan Balai Bomba.

Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget