Selesai sahaja kerja-kerja menyiapkan pergola dari kayu ponak, kayu dari pergola lama sudah aku buka & buat semula pergola kecil pacak di tanah seperti digambar. Tujuannya untuk menampung pokok anggur sebelum dahannya menjalar ke tempat yang dikhaskan.
|
Pergola mini untuk pokok anggur |
Kesemua pokok anggur dari dalam pasu telah dialihkan ke tanah. Senang sikit nak jaga. kesemuanya ada 5 pokok. 2 pokok jenis IAC, 2 pokok jenis Isabella dan 1 pokok semai dari biji jenis anggur red globe yang deli dari pasaraya buahnya. Semasa mengalihkan pokok dari pasu ketanah, aku prune terus dahan & daunnya.
|
Semua pokok anggur dari pasu telah dialih ke tanah |
|
Pokok anggur yang disemai dari biji anggur jenis red globe |
Seminggu selepas itu, didapati anggur jenis IAC mengeluarkan 4 jambak putik bunga. wah.. Syukur. berhasil lagi pokok anggurku buat kali ke3.
|
Antara jambak bunga hasil ke-3 |
|
Antara jambak bunga hasil ke-3 |
|
Antara jambak bunga hasil ke-3 |
|
pokok anggurku menjalar di pergola baru |
|
|
|