Kawan-kawan

Carian

Isnin, 31 Januari 2011

Anggur Berbuah

Tini bergambar di bawah rimbunan pokok
Inilah rupa  Pokok Anggur ku setelah setahun aku tanam. Tengok tu, dah merayap atas mini pergola yang aku bina.Nampak kecil pulak pergola aku ni. Tak mengapalah, lain kali akau ada masa akan ku bina pergola lain untuk anggur ni merimbun. Ok lah,  Anggur ini jenis IAC, buah bila masak warna kekuningan. Mula-mula aku tanam 2 pokok di dalam pasu. Kira berjayajuga lah membuatkan anggur IAC ni berbuah walaupun di tanam dalam pasu. Tapi tu lah… kena sering siram & baja ikut waktu. Adalah beberapa kali pokok anggur ni kering tak bersiram 4 – 5 hari pasal rumah tiada orang. Tapi nasib baik boleh survive walaupun ade ranting yang kering.


Dahan menjalar dengan cepatnya. Di celah daun ada puti buahnya.
Mula pokok anggur ni berputik bila aku mencari maklumat dari internet. Antaranya aku mendapat maklumat dari anggurmalaysia@yahoogroup.com. Banyak maklumat pasal tanaman anggur di situ. Terima kasih buat orang di balik tabir anggurmalaysia ini.
Antara Gugusan buah pertama
 
Setelah umur pokok anggur ku setahun dari tarikh pembelian, aku pun membubur baja (Baja pembuahan warna merah cap Tesco). Masa ni yang aku seram sikit nak bubuh baja pasal pokok aku dalam pasu. Kalau terlebih, boleh mati kepanasan pokok ni. Jadi aku bubuh baja di sekeliling bibir pasu itu. Adalah setiap pasu aku bubuh 2 sudu setiap pasu.
Pas tu aku biarkan untuk tempoh 20 hari.

Antara gugusan buah pertama.
Setelah 20 hari selepas dibaja dengan baja buah, aku prun (Cantas). Aku buang semua daun-daun, dahan-dahan yang muda dan ranting-ranting yang mati kekeringan. Agak was-was juga masa prun ni. Tapi kita kena buat kalau nak pembuahan berlaku. Mak dan jiran-jiran Tanya aku kenapa dibuang semua daun ……..sayang katanya daun dah lebat. Aku bagitahu mereka kalau nak berbuah, kenalah buang semua daun. Dah habis aku prun semua daun-daun. Saja gatal-gatal tangan bubuh lagi sesudu baja pada setiap pasu pokok ni. Bukan ape, sebab tanam dalam pasu takut kurang nutrien dalam tanah tu. Kalau tanam di tanah lainlah. Akar boleh cari nutrient & air sendiri. Setelah proses prun dibuat, keesokannya kami pun pulang ke kampong Alor Setar, Kedah selama seminggu.


Putik Buah
 
Setelah seminggu berlalu apabila balik dari kampong Alor Setar, aku pun terus meninjau pokok anggur aku tu. Tengok dari jauh, ….wah!!! pucuk-pucuk baru kelihatan merah-merah warnanya. Setelah aku belek pokok dekat-dekat. …Hmmm aku nampak ada putik-putik bunga anggur telah menjelma. Aku kira-kira ada 8 jambak putik bunga. Yeah… sukanya aku sebab pokok anggur telah mengeluarkan tanda-tanda hasil. Mengikut maklumat, buah anggur AIC ni masak 100-110 hari dari tarikh prun. Kira-kira 3 bulan lah. Mengikut kalender, buah pertama ni masak/matang masa Raya Aidilfitri.

Hmm… tak sampai Raya Aidikfitri, Pertengahan puasa dah kuning buah ni. Ape lagi, jiran-jiran dapat lah merasa sedikit. Maklumlah 1 jambak tu dalam 8-12 biji je buahnya. Keputusannya, puas hati.Rasa buah manis. Gambar buah anggur telah masak seperti gambar di bawah.


Ni dia buah anggur apabila masak/matang.



Ahad, 30 Januari 2011

Bowling di Angsana

Brunswick T-Zone Pink Bliss Bowling BallBrunswick T-Zone Pink Bliss Bowling Ball
28 Januari 2011, Sabtu

Tunggu nama dimasukan ke dalam skrin.

Seramai 31 orang staf MAQIS Negeri Johor termasuk ahli keluarga  telah berkunjung ke Pusat Bowling di Plaza Angsana, Johor Bahru . Aktiviti ini dicadangkan & dikelola oleh Paan. Seramai 19 orang pemain dibahagi kepada 4 kumpulan  telah beraksi iaitu Kumpulan 1, En Sani, Paan, Md Firdaus, Roy & Tini. Kumpulan 2,   Nasir, Syapul,Azizi, Sharul & Azmin. Kumpulan3, Usop, Sham, Zaki, Nil & Lan. Kumpulan 4  Hafiz, Esa, Paul & Faizal. Kami  bermain 3 games pada malam itu. 

 
Memerhatikan teknik balingan kawan-kawan.
Pemainan bermula jam 9.00 malam. Masing-masing menunjukan cara masing-masing bermain bowling. Rupa-rupanya banyak pemain yang handal2 dikalangan rakan-rakan yang bemain pada masa ini. Tapi aga ramai juga rakan-rakan yang baru pertama kali bermain bowling ini. Macam-macam ragam yang dapat dilihat. Ada yang bala tercampak ke belakang, ada yang ke longkang memanjang , ade yang sakit tangan dan ada yang sempat mengurat awek jual jajan. 


 
Ahli kumpulan 4.

Dalam permainan ini, Faizal & Paan telah Berjaya buat strike 3 kali berturut-turut  dan dianugerahkan dengan ayam turkey...... Tahniah kepada Faizal & Paan. So, untuk melihat gelagat pemain-pemain pada mala mini sila click pada link ini.  Permainan tamat lebih kurang 12.40 malam.
























Point terakhir kumpulan 1.

Kanak - kanak pun main bersama.

Sambil mencari bola yang sesuai.
Sang juara terseyum.

Khamis, 27 Januari 2011

Anggur & Pergola


Salam bahagia,
Ruangan anggur ini bercerita tentang pokok anggur yang di tanam.
 


01 Jun 2009
Pada lawatan kami ke Cameron Highland 1st time, Aku beli sepasu anak pokok anggur yang dibeli dari Uncle Sam Farm. Jenis IAC kot, warna hijau bila matang/masak. hmm.. macam mana agaknye nak tanam anak pokok ni di rumah nanti....



13 November 2009

Hmm..tu dia!!.... ini le pokok anggur yang dibeli pada 01 Jun 2009. Masa beli ade 2 keratan dalam 1 pasu. Hasilnya dapatlah 2 pokok di alihkan ke dalam
polibag hitam. Medium tanaman adalah campuran pasir dan tanah hitam cap Tesco yang RM 1.18 sepeket. Baja pun guna baja tahi kambing cap Tesco. Alhamdulillah pokok membesar tanpa masalah. Tengok tu.... dah sampai mencecah Kabel elektrik rumah. Ni kena buat sesuatu  untuk menangani masalah tumbesaran pokok anggur ni. Hmmmm......



 22 November 2009

Haa... aku buatkan para2 / pergola yang tak seberapa ni untuk menampung pokok anggur aku merayap. Modal beli kayu & paku semua lebih kurang RM 70.00. Ketinggian pergola ni setinggi 7 kaki. Pergola ini akan ku warnakan dengan warna putih..



22 November 2009

Dah siap pun pergola anggur ku diwarna dengan warna putih. Tempat pun telah susun. Tengok tu pokok anggur aku telah dialihkan ke dalam pasu. harga pasu tu RM 10.00 seunit. Aku beli 2 pasu sebab ade 2 pokok. Satu pokok dah melepasi tahap top of the pergola. kira die dah boleh merayap kat atas tu.

Tempat/pergola pun sudah siap, pokok pun telah disusun. Tinggal nak maintain untuk pembesaran pokok ni seperti siram, baja dan kawalan serangga & penyakit.






Carian

Custom Search

Komen Blogger

Recent Comments Widget