Selasa, 4 Oktober 2011

Pokok Anggur kami dalam proses pemulihan.

Hi kawan-kawan, Dah lama tak cerita pasal pokok anggur di laman rumah. Ini dia, baru kesempatan. Maklumlah dari sebelum bulan puasa hari tu, busy ckit dengan hal kecemasan. 
Disambung pula dengan bulan perayaan. Sampai pokok anggur 
depan halaman ni tidak terurus, mana tidaknya, 
tidak bersiram, dahan kering, kena serangan kulat 
(rupanya macam debu putih) pada batang & dahan 
dan penuh dengan rumput.

Minggu lepas, Hari Selasa 27 September 2011. Petang jam 5.00 lepas balik kerja, kami terus ke rumah tanaman anggur kami untuk mengemaskini pokok anggur kami. 

Apa yang kami buat?

Langkah 1:
 Mula-mula kami membersihkan kawasan tanaman sebab rumput karpet yang kami tanan merimbun dan melalang di kawasan
 tanaman anggur kami. Dah bersih rumput kami cabut, 
kami pun mengemburkan tanah.

Langkah 2: 
Setelah kawasan dibersihkan dan tanah digembur, kami pun bernekad nak buang batang dan dahan anggur yang melengkar di 
para-para yang kami sediakan di bawah bumbung lutsinar. Disebabkan serangan kulat, kami pun buang semua dahan
 yang melengkar tu. cuma tinggalkan batang/dahan yang asas sahaja di mini pergola kami.

Langkah 3: 
Kami prunning semua daun dan dahan-dahan muda. kami siram dan kami membajanya. 

Langkah 4: 
Dahan-dahan yang kami potong tadi, kami semai semula. 

Semoga pokok kami akan sihat semula dengan galaknya, kita lihat hasilnya 2 -3 minggu lagi, sama ada pokok ini sihat? ataupun sebaliknya? ataupun mengeluarkan pucuk baru bersama bunga-bunganya. Kami siap buat kerja-kerja ni sebelum magrib.

Ini kami sediakan gambar pokok kami setelah dikemaskini untuk tontonan kawan-kawan. Minta maaf, visual kurang memuaskan sebab ambil gambar waktu senja. gelap sikit.


Semua dah togel tinggal batang je.


Dah tiada dahan anggur lagi yang melengkar di bawah bumbung.


Kami cuba semai semula dahan-dahan anggurnya
Mungkin juga anda meminati untuk membaca cerita berkenaan 
pokok anggur kami di bawah ini.



  • Anggur: pemangkasan (pruning) untuk pembungaan & pembuahan.


  • Anggur untuk kawanku di Mersing, Johor


  • Anggur:pembajaan untuk pembungaan


  • Gambar terkini hasil anggur 3rd batch


  • Anggur 3rd batch


  • pergola kayu ponak & atap policarbonet untuk pokok anggurku


  • Anggur 2nd batch


  • Anggur Berbuah


  • Anggur Pergola





  • ataupun kawan-kawan boleh ke Slot Pokok Anggur 
    kami menu di atas. Sekian, Terima kasih.

    Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.