Episod 5. Percutian di Pulau Langkawi.
( Isnin, 16 Mei 2011 )
Salam bahagia buat kawan-kawan. Bersambung lagi kita di sini, masuk kami hari kedua di Langkawi. Setelah menempuhi hari pertama semalam dari perjalanan datang dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi, Check In di Langkapuri Inn, Mandi manda di Pantai Cenang dan melawat Dataran Lang pada malam hari, Tiba masanya meneruskan agenda hari kedua di sini.
Pagi hari kami bersarapan di Langkapuri Inn kerana pakage penginapan kami disertakan dengan voucer sarapan pagi. Setelah sarapan, kami bersiap sedia untuk meneruskan aktiviti kami iaitu nak ke Gunung Mat Cincang. Apa yang ada di sini? Haa… kita sama-sama tengok.
Apa yang ada ialah Oriental Village, Langkawi Geopark. Antaranya Langkawi Geopark Info Center, Food Court, Geopark dormitory, Camping site, Elephant adventure, Hotel, Cable car, Surau,The Zone dan pelbagai kedai untuk membeli belah. Ni dia serba sedikit gambar yang dapat menceritakan apa yang ada di Oriental Village, Langkawi Geopark ini.
Haa... di Oriental Village terdapat satu produk perlancangan yang unik dan terkenal iaitu Kereta Kabel ( Cable Car ). Jadi nantikan post berikutnya berkenaan Kereta Kabel, Langkawi. Bersambung…