Assalamualaikum dan salam Ramadhan 1434H / 2013. Pada Khamis 1 Ogos 2013 (23 Ramadhan) Kami bersesempatan ke satu lagi bazar Ramadhan di Pekan Nanas, Pontian Johor. Kedudukan Bazar Ramadhan Pekan Nanas ini terletak di tapak parkir Gerai Jalan Besar. Majlis Daerah Pontian, Pekan Nanas. Pontian. Berhadapan dengan Masjid Pekan Nanas.
-->
Apa yang ada di Bazar Ramadhan Pekan Nanas ini, seperti di tempat lain juga. Antara menu jualan ialah kuih-muih, Ikan Bakar, Murtabak, Murtabak boyan, Nasi campur, Air minuman, Sup, western food, Ikhwan Burger Bakar, dan macam-macam lagi. siap ade jual bunga api.
-->
Di bawah ada beberapa gambar sekitar Bazar Ramadhan di Pekan Nanas, Pontian. Jom kita tengok.
Bazar Ramadhan Pekan Nanas, Pontian. |
Masjid Pekan Nanas, Pontian. |
Tapak Bazar Ramadhan Pekan Nanas. Pontian. |
Tapi apa menu yang menarik kami nampak di sini ialah Murtabak Boyan.
Harganya RM 3.50 sekeping. rasanya unik & sedap (baru 1st time rasa &
makan) kami boleh katakan inti untuk murtabak boyan sama seperti
murtabak lain, cuma ada mengunakan kentang lenyek sebagai bahan intinya.
Murtabak Boyan |
Suasana di Bazar Ramadhan Pekan Nanas, Pontian. |
Suasana di Bazar Ramadhan Pekan Nanas, Pontian. |
Air di sini juga kami nampak menarik sebab dijual dengan harga RM
2.00 sebungkus. Tapi, kepekatan, rasa dan kuantitinya memang best.
berbaloi dengan harganya. Begitu juga ada yang jual air jus tembikai dan
durian belanda. harga pun RM 2.00 sebungkus.
Jual Air Jus Tembikai & Durian Belanda |
Burger bakar Ikhwan, Pontian. |
Jalan punya jalan, kami ternampak gerai yang jual kuih jongkong. dah
lama tak makan. biasanya makan kuih jongkong bersaiz besar. tapi di
Bazar Ramadhan Pekan Nanas ini ade jual Kuih Jongkong bersaiz kecil
dengan harga 5 biji RM 2.00. Oklah. Rasanya boleh tahan.
Kuih Jongkong |
Hmm... |
Oklah, sampai sini sahaja cerita pasal Bazar Ramadhan Pekan Nanas ini. InsyaAllah, jika kami ke Bazar Ramadhan lain, kami akan kongsikan bersama ceritanya. Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
Ada juga cerita tentang bazar ramadhan lain kalau nak tengok, jom klik di bawah.
The 15 Best Casinos in New Jersey in 2021 - Mapyro
BalasPadamIn the last 15 서산 출장안마 years, 정읍 출장샵 casinos in New Jersey have been hit hardest by legal wagering requirements. But 서귀포 출장샵 the only 영천 출장마사지 online gambling sites in 김포 출장안마 New Jersey