Jumaat, 23 OGOS 2013, lebih kurang jam 8.45pg - 09.00pg Fasa 9 dan Fasa 10, Taman Nusantara, Gelang Patah dilanda ribut kuat. Kejadian juga berlaku di kawasan kuaters kerajaan Negeri Johor di sini. Orang sini panggil 'Taung' ( yang aku faham macam taufan kecil/anak lah...). mengikut cerita jiran-jiran, terdapat 2 pusaran angin kuat atau 'taung' ini berlaku. Di bawah ada beberapa gambar selepas kejadian sekitar Taman Nusantara Fasa 9 dan Fasa 10.
-->
Yang ini keadaan surau Taman Nusantara, Khemah ini terdapat 2 unit, ianya digunakan bagi menampung jemaah solat sunat tarawikh semasa bulan Ramadhan lepas. Kesannya, Kanvas yang satu lagi total loss. Tinggal satu sahaja. Begitu juga dengan genting seperti di bawah, pecah dan tercabut. Pokok pun tumbang.
|
Surau Taman NusantaraFasa 9 / Fasa 10 |
|
Surau Taman Nusantara Fasa 9 / Fasa 10 |
|
Taman Permainan Taman Nusantara Fasa 9 / Fasa 10 |
Yang ini sekitar jiran tetangga Fasa 9 dan Fasa 10. Kerosakan utama ialah Genting pecah dan terbang, ada auning rumah yang rebah. kelihatan tukang-tukang dan tuan rumah sedang memperbaiki kerosakan.
|
Jiran tetangga Fasa 9 / Fasa 10 |
|
Jiran tetangga Fasa 9 / Fasa 10 |
|
Penduduk yang terlibat berkumpul untuk membuat laporan. |
|
Sedang memperbaiki kerosakan |
|
Keadaan papan tanda di sebelah lebuhraya |
|
Tengok tu. |
Yang ini pula di lorong rumah aku, jalan Nusaria 10/9. Kalau perhatikan betul-betul gambar bawah ini, ada rangka khemah terbalik di atas awning rumah ini. Dasyat tak?
Rumah aku pun terlibat sama. Kena di bahagian atas bumbung dalam bulatan merah dalam gambar. kesannya air hujan masuk dalam bilik utama dan bilik ke 2. Bilangan atap genting rumah aku yang pecah dah terbang sebayak 19 keping genting dan 4 unit rabung pecah.
|
Rumah kami |
|
Kerosakan rumah kami |
|
Abang Zaid baru mula betulkan |
Terima kasih pada Abang Zaid, Jalan Wawasan 3. Kg Melayu Gelang Patah. kerana sudi membetulkan rumah kami.Syukur kerana genting atap rumah kami siap dibetulkan sebelum hari gelap.
|
Rumah kami |
|
Rumah kami |
Bawah ni pula keratan akhbar Kosmo 24 Ogos 2013 menceritakan tentang kejadian ini.
|
Kosmo |
-->
Semoga jiran tetangga dan penghuni yang terlibat dapat mengharungi dengan tabah dan cekal. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan