Sabtu, 28 Mei 2011

Buffalo Park. Langkawi.

Episod 7. Percutian di Pulau Langkawi.
( Isnin, 16 Mei 2011 )
Hi kawan-kawan. Selepas mengalami menaiki Kereta kabel di Oriental Village, Langkawi Geopark, kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Buffalo Park ( Taman Kerbau) ”The Famous Italian Mozzarella”. Tempat ini juga telah mendapat liputan pelbagai media termasuklah dari rancangan Majalah 3, dari TV3. Media Prima. Dimana lokasi Buffalo Park? Lokasinya terletak di Kampung Nyior Cabang, Langkawi. Perhatikan papan tanda ini.
-->





-->
Untuk memasuki kawasan Buffalo Park ini tidak dikenakan bayaran. Anda akan dikenakan bayaran sekiranya nak memasuki kawasan ladang. Berapa bayaranya? Bayarannya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Bagi warganegara Malaysia yang bawa Mykad & Mykid, ada diskaun iaitu RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak.



-->
Apa aktiviti yang ada di Buffalo Park ini? Haa... macam-macam. Antaranya tunggang kerbau, bergambar bersama kerbau, memberi makan kepada kerbau, menikmati minum susu kerbau, lawatan ladang, memerah susu lembu, melihat demontrasi membuat keju Mozzarella menggunakan susu kerbau dan macam-macam lagi aktiviti berkenaan dengan kerbau.


-->
Di Buffalo Park ini juga terdapat kaunter jualan produk bersaskan susu kerbau. Ni dia produk yang dijual seperti gambar di bawah ini. Kami mencuba aiskrim buatan Buffalo Park. Rasa aiskrim memang lain dari yang jualan komersial di kedai dan pasaraya.





Selain itu, kami mencuba Buffalo steak. Rasa memang sedap dan dagingnya lembut. Tengok gambar tu. Harga RM 15.00 sahaja. Masa nak balik, kami membeli 2 bekas aiskrim untuk dimakan di tempat penginapan. Harga sebekas aiskrim ini RM 5.00 yang beratnya ½ kg.




-->
Satu pengalaman yang lain ketika di sini. Datanglah ke Buffalo Park ini. Sekian. Bersambung di post berikutnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan