Semasa kami berada di Melaka pada hari Rabu lepas, kami berkesempatan merasai satu menu yang terkenal di Melaka iaitu Asam Pedas. Asam Pedas Pak Tunggal yang terletak di Telok Mas, Melaka ( berhampiran dengan sekolah henry Gurney) menghidangkan pelbagai menu Asam Pedasnya dengan ikan-ikan yang segar seperti Pari, Parang,Kembung dan lain-lain termasuklah tetel daging. Apa yang kami cuba ialah Asam Pedas Ikan Parang.