Salam buat kawan-kawan. Kesinambungan dari post kami yang lepas iaitu Anggur: pembajaan untuk pembungaan, makanya sudah sampailah masa untuk kami melakukan langkah seterusnya terhadap pokok anggur kami ini. Apa lagi, kita prune lah (dalam BM nye pemangkasan). Di sini kami paparkan beberapa gambar untuk tatapan kawan-kawan.
Sebelum di prune |
Sebelum di prune |
24 hb April 2011, setelah 22 hari kami bubuh baja pembungaan. Kami pun prune lah pokok kami. Cara yang kami buat ialah memotong dan membuang semua daun-daun, ranting-ranting yang tak bermaya, dahan-dahan muda, serta mana-mana dahan yang dijangkiti / dihinggapi perosak.
Sedang memangkas, hujan pun turun, selamat sempat kami buat pangkasan di kawasan luar dulu. Jadi, semasa hujan turun, kami memangkas di bahagian bawah bumbung pula.
Operasi mencantas/prune dimulakan |
Membuang ujung pokok/dahan yang muda |
Membuang kesemua daun pada dahan |
Membuang daun & dahan yang muda |
Anasir jahat di ruas dahan tu!! kita potong dia |
Selesai sahaja prune, kami pun kemas apa-apa yang patut, letakkan balik dahan-dahan pada tempatnya, susun balik dahan-dahan yang berselirat dan akhir sekali, kami membubuh sedikit baja pembungaan yang warna merah itu.
Hasil sisa yang di prune |
Keadaan selepas prune ( togel ) |
Selepas prune (togel) |
Dah siap prune, kami bubuh baja bunga sikit |