Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Pada 21hb - 23hb Februari 2013 yang lepas, kami telah pergi ke Cameron highland kali ke-4 bersama keluarga Man Pandan. Seperti biasa, kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron highland yang kami tempah dari bulan September 2012.
Apa yang kami nak kongsikan sedikit kali ini ialah wajah terkini (2013) bilik biasa di sini. Agak sedikit terkejut kami melihatnya, maklumlah, baru Mac 2012 kami menginap di sini bersama adik kami Cik Ain, kira dah upgred, kami datang pada Februari 2013 ini, lagi upgrade rupanya, kalau nak tengok rupa bilik biasa ini tahun 2012, klik sini.
Perubahan yang dapat dilihat ialah,
1, Masuk bilik je, nampak cornice cantik.
2. Cat dinding dah lain.
3. TV flat screen.
4. Heater dah tiada, ganti dengan Air-cond.
-->
Pintu Masuk |
TV Flat Screen dan Air-cond. |
Nampak tak cornice cantik? |
Terima kasih Jabatan Perdana Menteri kerana menyediakan kemudahan terbaik seperti Rumah Peranginan Persekutuan ini untuk kakitangan kerajaan ini. Semoga dapat perkembangkan lagi Rumah Reranginan Persekutuan yang baru ke tempat-tempat lain. Sekian, Terima Kasih.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.
nampak mcm menarik dan selesa..
BalasPadam