Percutian di Cameron Highland:
AGRO Technology Park, MARDI,
Cameron Highland.
Antara tempat menarik yang boleh dilawati ketika berada di Cameron Highland ialah AGRO Technology MARDI Cameron Highland yang terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Untuk memasuki ke pusat ini, anda dikenakan bayaran tiket masuk sebanyak RM 3.00 bagi orang dewasa dan RM 1.50 bagi pelajar.
Apa yang ada di sini?
MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Di sini, terdapat tanaman bersuhu sejuk seperti Strawberry,Apel, Anggur, Bunga-bungaan,taman dapur,Cafe dan bermacam-macam lagi. Memang cantik permandangan di sini. Selain dari ladang/taman, di AGRO Technology MARDI Cameron Highland juga terdapat galeri dan pusat jualan untuk produk-produk pertanian.
Berikut ada beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama kawan-kawan.
|
Baru lepas dari taman Strawbery & taman Ros |
|
Kawasan tanaman anggur |
|
Daun anggur jenis IAC |
|
Nurul di taman bunga Ros |
|
Tanaman labu di taman Dapur, MARDI Cameron Highland. |
|
Taman dapur, Cameron Highland |
|
Sangkar burung yang terdapat dalam MARDI |
|
Bergambar bersama keluarga |
|
Bunga |
|
Lanskap tepi jalan pun cantik-cantik |
|
MARDI pun ada tanam pokok teh |
|
Di Galeri MARDI Cameron Highland |
|
Maklumat yang ada di Galeri |
Sekian sahaja post kami berkenaan AGRO Technology Park, MARDI, Cameron Highland ini. Di harap boleh menjadi maklumat dan rujukan kepada kawan-kawan. Sekian.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.