Papan tanda kawasan CH |
Kawasan Kg Raja |
Setibanya sampai di kawasan Brincang, kami terus teserempak dengan pasar malamnya yang menjadi sebutan orang ramai. wah!! memang nampak meriah. Untuk makluman, Pasar malam di sini dibuka bermula 2/3 ptg lg sehingga lewat malam sepanjang cuti sekolah. Kami teruskan perjalanan untuk mencari tempat penginapan. Pusing2 sambil survey tempat penginapan, kami menempah bilik di Flora De Cottage kerana tempatnya OK dan kadarnya RM70 je
(selepas diskaun). Masuk bilik kami berehat sebentar sambil rancang perjalanan di sekitar CH ni yang akaan dilawati.
Hadapan Uncle Sam Farm |
Setelah itu, kami ke Kawasan Tanah Rata pula. Kami jalan2 di sekitar pekan Tanah Rata sambil mencari ATM. Setelah pusing2 di pekan Tanah rata, kami pulang ke Brinchang.
Kedai tepian jalan |
All Red |
Cantek tak? |
Ladang Teh sebelum sampai ke puncak Gunung Brinchang |
Staff baru pengutip daun teh |
Kabus hampir kelihatan |
Di atas Gunung Brinchang |
Keesokannya 30 Mei 2009 jam 10.30pg, kami bersiap hendak meneruskan perjalanan yang dirancang. kami terus check out. Kami pergi bersarapan di Bangunan MARA. Setelah sarapan, Kami ke Balai Polis Tanah Rata untuk bayar saman. Selamat kena RM 30 je (kira jumlah paling minimum), Lega rasanya lepas bayar saman. Hati tenang semula untuk bercuti. Kami terus ke puncak Gunung Brincang..( Nak cari kabus). Jalan nak masuk ke Gunung Brincang memang kena pemerhatian yang teliti kerana agak samar. hmmm... penuh adventure nak naik puncak Gunung Brincang ni selain permandangan luas menghijau ladang teh di lereng2 bukit/gunung. Akhirnya, berjaya juga sampai lebih kurang jam 10.45pg.kat atas tu, memang jumpe kabus lalu. jam 11.30pg kami turun untuk ke destinasi selanjutnya.
Pemandangan di Caktus Velly |
Beli anak Pokok Anggur |
Tini beli Keledek Madu rebus.Sedap!! |
Papan tanda Tanah Rata - Tapah |
Selamat datang... |
Air terjun yang menderu.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan